Rabu, 25 Jun 2014


        SEKOLAH AGAMA MAHMUDIAH


                                                                            Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya menyiapkan laman web ini. Terima Kasih                      diucapkan kepada Tuan Pengetua SMA Mahmudiah, Tuan Haji Mohd Yakin bin Mahmood kerana memberi                                                                   kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan laman web ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada seluruh warga SMA Mahmudiah di atas kerjasama yang yang telah diberikan                                                                     bagi merealisasikan pembangunan laman web ini.



PROFIL SEKOLAH
NAMA SEKOLAH

KOD SEKOLAH
:

:
SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAHMUDIAH

TFT 5002
ALAMAT SEKOLAH:KM 38, JALAN KUALA BERANG
21700 HULU TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
TARIKH PENUBUHAN:10 SEPTEMBER 1956
PERINGKAT SEKOLAH:MENENGAH RENDAH DAN ATAS
NO TELEFON:09 - 6812326
NO FAKS:09 - 6817907                                                                         




ASRAMA TERBAIK 

Sekolah Menengah Agama Al-Falah telah dinobatkan sebagai antara asrama terbaik dari 2012 sehinggalah sekarang , baru baru ini Sekolah IMTIAZ telah menghantar beberapa pelajar untuk  melawat ke asrama kami.Kami amat mementingkan kebersihan dan keceriaan asrama kami, sebelum ke sekolah kami disuruh membersihkan bilik sebelum berangkat ke sekolah , kami membersihkan bilik seperti menyapu bilik dan koridor,menyusun selipar,membuka tingkap supaya angin dapat masuk.Kami disuruh beratur dahulu sebelum ke sekolah tetapi pada hari yang tertentu.Kami juga menguat kuasakan disiplin.Setiap minggu balik atau tidak balik, semua penduduk asrama diwajibkan bergotong royong bagi memastikan keadaan asrama sentiasa bersih dan cantik.Warden-warden asrama begitu tegas supaya murid-murid mematuhi setiap arahan .



****
Gambar-gambar asrama






Sekolah Menengah Agama Atas Sultan zainal Abidin

PROFIL


Maklumat Umum Sekolah
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
Alamat Sekolah : Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu
Kod Sekolah : TFT 3002
Gred Sekolah : A
No Telefon/Faks : 09 6221086 / 096317086
JPN : Terengganu
PPD : PPD Kuala Terengganu
Daerah Pentadbiran : Kuala Terengganu
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu dan Arab
Jenis Sekolah : Sekolah Menengah Agama (SABK)
Sesi : Pagi sahaja
Peringkat : Menengah Rendah, Atas dan Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Tarikh Penubuhan
  • 1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
  • 1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
  • 1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
  • 1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
  • 1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)
 Pengasas/Tokoh Penubuhan

Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.

Tapak / Lokasi Sekolah

Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja Kampung  Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu

Bangunan Sekolah Peringkat Awal
Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu dengan nama “Madrasah Arabiah”
Pada tahun 1932  sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. 
Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.  Nama sekolah adalah  Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin

Pada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun) DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai Istana Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim  Fikri bin Muhammad (Tan Sri Ibrahim Fikri))

Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.

Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru

Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
·         Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
·         Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun

Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi  selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)

Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.

Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ugama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.
Pada tahun 1962, dua blok bangunan batu dua tingkat telah didirikan, mengandungi 16 buah bilik darjah.

Pada tahun 1965 sebuah dewan yang boleh memuatkan 500 orang pelajar/guru telah didirikan untuk kegunaan perhimpunan, majlis syarahan dan sebagainya.
Pada tahun 1966 sebuah bangunan batu 3 tingkat telah didirikan sebagai bangunan tambahan.  Bangunan ini Telah dilengkapi dengan makmal sains dan sains rumah tangga serta bilik darjah.
Sebuah bangunan asrama untuk pelajar puteri telah didirikan dan bangunan ini boleh menampung kira-kira 150 orang  pelajar.

Bilangan murid dan tenaga pengajar di awal persekolahan

Tahun
Bilangan Guru
Bilangan Pelajar
1958
3
34
1959
6
86
1960
6
79
1961
6
159
1962
7
212
1963
10
250
1964
9
276
1965
15
438
1966
17
531
1967
19
602
1968
27
650
1969
30
773
1970
34
734
1971
34
752
1972
37
740
1973
38
820
1974
39
951
1975
40
1024
2012






             Gambar gambar SMAASZA


  




SMASID , atau dikenali sebagai SEKOLAH MENENGAH AGAMA SULTAN ISMAIL DUNGUN .
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1958  Pada hari Sabtu ,26 April 1958 bersamaan dengan 7 Syawal 1377, maka lahirlah Sekolah ‘Al-arabiah’ di daerah Dungun.Dengan kelahiran sekolah agama baru ini ,maka bererti satu lagi  pusat pengajian Islam bertambah di negeri ini .
Sekolah ini di tubuhkan oleh jawatankuasa yang di bentuk di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Dungun pada ketika itu ,iaitu Yang Berbahagia Tuan Bachik  bin Abd Jalil , yang kemudiannya bergelar Dato’ Aria Negara .Apabila kita memperkatakan tentang kemajuan sekolah ini ,maka sudah tentu kita tidak dapat melupakan usaha-usaha murni pihak tertentu dalam melaksanakan  pembinaan  sekolah baru ini .
sejarah ringkas Sekolah Menengah Agama Sultan  
Ismail Dungun
Pada hari Sabtu ,26 April 1958 bersamaan dengan 7 Syawal 1377, maka lahirlah Sekolah ‘Al-arabiah’ di daerah Dungun.Dengan kelahiran sekolah agama baru ini ,maka bererti satu lagi  pusat pengajian Islam bertambah di negeri ini .
Sekolah ini di tubuhkan oleh jawatankuasa yang di bentuk di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Dungun pada ketika itu ,iaitu Yang Berbahagia Tuan Bachik  bin Abd Jalil , yang kemudiannya bergelar Dato’ Aria Negara .Apabila kita memperkatakan tentang kemajuan sekolah ini ,maka sudah tentu kita tidak dapat melupakan usaha-usaha murni pihak tertentu dalam melaksanakan  pembinaan  sekolah baru ini .
Pada peringkat awal , sekolah ini hanya mempunyai  pelajar seramai 94 orang ( 48  lelaki dan 46 perempuan ) dengan seorang guru merangkap  Pengetua sekolah ini , iaitu  Ustaz Lop Yusof  bin A.Rahman.Pada bulan  Julai yang bertarikh  24 haribulan , bersamaan dengan 9 Muharram   13 78 , iaitu setelah 3 bulan  sekolah ini menjalankan pentadbirannya ,maka satu upacara pembukaan  rasmi sekolah ini telah di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia  Al –Marhum Sultan  Ismail  Nasiruddin Shah ,Sultan Terengganu  Darul Iman . Sempena nama baginda sendiri ,maka pada detik  yang penuh bersejarah itu , sekolah ini telah di perkenalkan secara rasminya  dengan nama  “ Sekolah Ugama Sultan Ismail Dungun” .
Pembangunan Fizikal
Kerajaan negeri melalui Jabtan Hal Ehwal Agama  Terengganu ( JHEAT ) ,Bahagian Pendidikan telah membekalkan ramai guru siswazah   dan bukan siswazah , peralatan pejabat  dan kelengkapan  sekolah semasa ia masih bertaraf  sekolah rakyat ,kini Sekolah Menengah Agama Sultan Ismai telah mempunyai  beberapa blok bangunan  baru tiga tingkat  yang mula di gunakan  pada tahun  1986 lalu , Dua blok bangunan  baru tiga tingkat  untuk kegunaan sekolah dan pejabat  , dua blok  tiga tingkat asrama putera dan puteri , dan satu  kantin  baru yang amat selesa , satu dewan besar di samping  bangunan –bangunan yang sedia ada .
Sebagai  sebuah sekolah aliran agama yang tunggal di daerah ini , sambutan  orang ramai  amat menggalakan .Semenjak sekolah ini mula di buka  hingglah sekarang , bilangan  pelajarnya sentiasa bertambah .Dan pada masa ini  berjumlah 805 lelaki dan pelajar perempuan  dengan 66 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai kategori .



Pembangunan Akademik
Kemasukan  pelajar  bukan sahaja dari daerah  Dungun  dan negeri Terengganu  ,malahan  juga dari daerah lain , pada mulanya sekolah ini menggunakan  system pelajaran  aliran  Arab Ibtida’l  dan Thanawi  .Tetapi  di sebabkan  perubahan masa , sehingga  sekarang  menggunakan Kurikulum  Kementerian Pendidikan .Pada tahun 1968 ,bermulalah pengajian Sijil Rendah Pelajaran dengan Sijil Ibtida’l  .Sementara pengajian Sijil Pelajaran Malaysia  hanya bermula pada tahun 1981 .Walaubagaimanapun ,mata pelajaran Bahasa Arab  dan Agama tetap di berikan penekanan  sebagai  persediaan  memasuki  aliran  Thanawi Di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainai Abdin ,Kuala Terengganu .Begitu juga Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ,Universiti Islam  Antarabangsa (UIA ) ,Universiti –university Timur Tengah  serta Maktab Penguruan  Islam Bangi
Pelajar –pelajar dari sekolah  ini Berjaya  dengan cemerlang  dalam peperikasaan  PMR , dan  SPM ,telah berjaya menyambung  pelajaran  mereka ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal  Abidin ,Kolej  Sains Pendidikan  Islam Terengganu .KOSPINT serta beberapa  buah Sekolah Menengah  Agama Berasrama Penuh di seluruh Malaysia .Selain dari itu ,ramai pelajar yang berjaya menyambung pelajaran mereka ke universiti-universiti tempatan dan luar negeri
Dalam bidang ko-kurikulum ,sekolah ini juga tidak ketinggalan  berbanding dengan sekolah agama atau sekolah kementerian yang lain .Malah merupakan perintis  untuk beberapa kegiatan  tertentu .Misalnya ,pembelajaran  computer  di mana sekolah adalah salah sebuah sekolah percubaan .Buat masa ini makmal computer  dapat di jalankan pada setiap petang .Sekolah ini juga merupakan sekolah yang pertama menubuhkan koperasi sekolah yang berdaftar
Dengan memperkenalkan mata pelajaran  Kemahiran Hidup  ,pelajar –pelajar menengah rendah telah di beri  pendedahan awal tentang pertukangan tangan, jahitan serta teori –teori asas kemahiran  psicomotor .Adalah di harapkan pendedahan  teknologi  seperti kemahiran  komputer ,pertukangan  tangan ,jahitan akademik ,  dan pengetahuan agama  dapat membina pelajar  menjadi ihsan yang bertakwa serta berguna  kepada agama , bangsa dan Negara Insyallah .

sekolah


Sekolah


Bismillah.Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam semesta ini. Pada kali ini ana  ingin menceritakan atau share sedikit tentang sekolah ana ini.Sekolah Al-Falah telah ditubuhkan sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1945.Sampai sekarang ibu bapa berlumba lumba mahu mendaftarkan anak anak mereka ke sekolah tersebut.Al-Falah merupakan satu-satunya sekolah agama di KEMAMAN .. ..Pentadbir Sekolah iaitu Ustaz hj.Aziz Bin Muda .Pengetua tidak pernah lelah untuk memastikan kemajuan dan prestasi sekolah ini meningkat.Beliau seorang yang bertanggungjawab dan prihatin akan sekolah ini.Guru yang mendidik adalah seramai 104.
Baru-baru ini seorang pendidik kami iaitu cikgu Ali Bin Yatim telah meninggal dunia.Kami sebagai pelajar turut berduka cita atas kematiannya.semoga rohnya dicucuri rahmat AL-FATIHAH..
*****

Sekolah kami mengadakan banyak aktivi-aktiviti yang berfaedah , antaranya



KEM KEPIMPINAN PENGAWAS


MERENTAS DESA
sebenarnya banyak lagi, mahu tahu lebih lanjut,datanglah ke sekolah kami.
Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman, Jalan Padang, Chukai 24000 Kemaman, Terengganu
*****